Secret of Gadis Licik
PAUSE HERE
Queen


Nama: Fafa Al-Badri
Umur: 21tahun/1996
Birthday: 21 NOV 1996
Asal: Melaka
Fav Food: Makanan yang pedas
Personality: Loves books
Taken: By MR


Scream!


Followers


Instagram


Archive


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   

Permaisuri Hati


Sejauh mana kau pergi,
Dia pasti merisaukanmu,
Sejahat mana pun kau,
Dia tetap menyayangimu,
Sedalam mana kau sembunyikan,
Nalurinya pasti tahu,
Itulah dia seorang hamba Allah,
Yang tak pernah jemu sayang padamu,
Yang tak pernah jemu memberi semangat,
Yang tak pernah jemu mendoakan,
Ya,
Dia ibumu,
Ibumu dunia dan akhirat,
Dia syurgamu,
Ya Allah,
Semoga Kau pelihara dia dari kejahatan,
Jua dari api neraka,
Ibu,
Semoga kita sentiasa bersatu,
Di dunia mahupun di akhirat.



Salam Perkenalan


Assalamualaikum guys. . .
InshaAllah mulai dari sekarang saya nak jadikan blog ini sebagai satu medium untuk cerita perkara-perkara yang saya rasa akan memberi manfaat pada kawan-kawan. Sesiapa yang pernah terbaca entry saya sebelum ini, sengaja mahupun tidak. Minta ampun dan maaf atas ketidakmatangan saya. Mesti ramai yang muntah hijau kan? Heeee. Pertama sekali, saya nak cakap yang saya ini bukan lah berlatar belakangkan sastera untuk buat ayat yang berbunga-bunga lepas tu ada maksud tersirat semua. Saya hanya golongan biasa-biasa. Jadinya ayat saya akan lebih kepada kata-kata yang saya reka dari otak saya yang tak seberapa ni. Kedua, saya bukanlah seorang yang tinggi ilmunya dalam bidang agama. Jadi, saya nak minta kawan-kawan mana yang baca blog ni sengaja mahupun tidak sengaja. Tegurlah jika saya tersalah. Saya masih belajar dan masih terlalu baru dan mungkin dengan teguran dari kawan-kawan tentang kesilapan itu, saya dan juga awk sendiri boleh menambah ilmu masing-masing. InshaAllah. Ketiga, entry saya nanti banyak berbentuk seperti puisi tapi tidaklah tinggi nilainya seperti sasterawan-sasterawan tapi InshaAllah mudah untuk kawan-kawan fahami. Ayat tu memang keluar dari otak ni tanpa disedari dan semstinya kurang nilai sasteranya. Bak kata orang, biasa-biasa saja. Semoga memberi manfaat kepada kawan-kawan semua. InshaAllah.